AUD/USD Didagangkan Ke Paras Rendah Susulan Unjuran Oleh Westpac!

310

Penghujung sesi pasaran Asia mempamerkan penyusutan ketara pada dagangan dolar Australia susulan unjuran yang dikeluarkan oleh Westpac bank.

Westpac meramalkan bank pusat Australia (RBA) bakal menurunkan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun hadapan.

Kadar faedah dijangkakan akan mencecah penurunan ke paras terendah 0.25% menjelang Jun 2020 seterusnya diikuti oleh pelonggaran kuantitatif (QE) untuk separuh tahun kedua 2020.

Susulan laporan unjuran Westpac tersebut, dolar AUD mencatatkan penurunan dan dapat dilihat pada carta pasangan matawang utama AUD/USD hari ini.

Harga yang bergerak perlahan pada awal sesi Asia kemudiannya telah menjunam melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) sehingga ke zon support hampir mencecah paras 0.67700.

Zon support 0.67700 telah diuji sejak dua hari yang lalu dengan harga mengekalkan corak penurunan berikutan tekanan oleh faktor ketidaktentuan sentimen rundingan dagang AS-China yang turut mempengaruhi dagangan Aussie.

Namun begitu, harga dilihat masih gagal menembusi zon support tersebut dan menunjukkan sedikit kenaikan pada sesi Eropah.

Jika harga berjaya kembali membuat kenaikan semula, jangkaan paras tumpuan harga adalah pada 0.68200, sekitar 50 pips lebih tinggi dari zon support semasa.

Kenaikan harga harus melepasi garisan MA50 untuk isyarat kenaikan harga yang lebih jelas. Namun, sentimen penurunan kadar unjuran Westpac bakal terus menekan dagangan Aussie.

Sekiranya harga meneruskan penurunan dan menembusi support 0.67700, harga bakal mencatatkan paras terendah bulanan terbaru dan juga terendah untuk tempoh tujuh minggu dagangan.

Penurunan harga akan terus disokong oleh pengukuhan dolar USD jika sentimen rundingan dagang AS-China kekal positif selain bacaan data ekonomi yang baik.

Pasaran akan menantikan data pertumbuhan GDP Amerika Syarikat untuk suku tahunan dan juga data pesanan barangan tahan lama pada jam 9.30 malam ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat