AUD/USD Gagal Melonjak Meskipun Laporan Pekerjaan Australia Positif

248

Carta pasangan mata wang AUD/USD memaparkan penurunan harga semalam yang meleset berbanding jangkaan kenaikan dengan laporan pekerjaan Australia yang menjadi tumpuan pelabur.

Walaupun laporan data pekerjaan Australia untuk bulan Jun yang diterbitkan pada sesi Asia semalam mencatatkan bacaan positif, namun tetap gagal memberi sokongan terhadap pengukuhan mata wang dolar Australia (AUD) untuk meningkat pada dagangan penghujung minggu.

Dolar Australia dilihat terkesan oleh sentimen pasaran yang berisiko susulan data pertumbuhan ekonomi China diterbitkan merosot untuk bacaan suku tahun kedua sedikit merencatkan unjuran pemulihan ekonomi global.

Jangkaan kenaikan yang meleset juga turut didorong oleh pemulihan semula US dolar selepas penyusutan disebabkan komen dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell terhadap dasar monetari.

Harga pada carta AUD/USD dilihat susut menuju ke zon support 0.74000 pada sesi New York semalam.

Pada minggu lalu, harga juga turut turun ke paras tersebut namun kembali pamerkan lonjakan semula. Adakah situasi sama juga bakal berulang pada minggu ini pula?

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD memberi isyarat awal untuk penurunan lebih rendah harga.

Sekiranya harga turun lebih rendah menembusi zon support 0.74000, sasaran seterusnya dilihat akan menuju ke paras 0.73000 dengan penurunan sekitar 100 pips.

Namun jika zon support 0.74000 tersebut berjaya menyokong semula kenaikan, harga bakal menguji paras 0.75000 untuk mengatasi paras rintangan mingguan itu.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji pula paras sekitar 0.75400 sebelum menuju ke zon rintangan tumpuan pada 0.76000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat