AUD/USD Gagal Tembusi Support 0.68500, Pamer Kenaikan Pada Sesi Asia

274

Dagangan dolar Australia kekal lemah diniagakan pada minggu ini dan gagal mengambil kesempatan untuk mengukuh walaupun aset pulangan tinggi mendapat permintaan dalam pasaran selepas ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran mulai reda.

Penganalisis juga melontarkan kebimbangan terhadap bencana kebakaran yang sedang melanda Australia pada waktu ini dan menjangkakan ekonomi negara tersebut turut terkesan.

Bacaan data pada sesi Asia hari ini, indeks perkhidmatan oleh AIG beri isyarat bacaan data yang menguncup namun data jualan runcit Australia pada November 2019 melonjak didorong oleh jualan Black Friday.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga yang menyambung penurunan pada Selasa lalu kemudiannya bergerak mendatar 2 hari sekitar julat 30 pips di antara paras 0.68800 dan 0.68500.

Dagangan US dolar perlahan dengan pasaran menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada sesi New York sebentar lagi.

Gagal menembusi support 0.68500, harga menunjukkan kenaikan pada sesi Asia hari ini melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) dan menguji paras 0.68800.

Kenaikan yang berjaya diteruskan akan dijangka menuju zon SBR (support become resistance) pada paras sekitar 0.69300.

Namun jika penurunan kembali berlaku, zon-zon tumpuan harga pada dagangan Disember tahun lalu akan kembali diuji seperti di paras 0.68200 atau 0.68000.

Tumpuan akan terarah pula pada perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China pada minggu hadapan yang akan memberi impak terhadap Aussie dan juga USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat