AUD/USD Kekal Menunduk Bawah Jajahan $0.67000

107

Pergerakan pasaran dari awal minggu yang masih bercampur-campur kekal membuatkan pelabur berhati-hati menjelang beberapa data ekonomi penting menuju penghujung minggu terutamanya laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Meneliti carta pasangan mata wang AUD/USD yang menjadi antara pilihan kegemaran trader, pergerakan harga dilihat mendatar sepanjang minggu lalu hingga bersambung di awal minggu ini.

Jika diperhatikan, harga masih kekal berada di bawah zon 0.67000 yang dilihat sebagai rintangan buat harga.

Perubahan yang berlaku ke atas US dolar membuatkan harga bergerak dalam julat yang perlahan dari minggu lalu.

Data PMI pembuatan dan perkhidmatan China yang diterbitkan pada Ahad lalu dilihat agak kurang memberangsangkan, turut memberi kesan negatif pada dagangan dolar Aussie.

Justeru, harga pada carta AUD/USD dilihat susut di awal minggu sebelum berlaku perubahan pada dagangan US dolar yang mengubah haluan pergerakan harga.

US dolar sedikit mengukuh di awal minggu, namun kembali melemah di sesi New York semalam apabila pasaran memberi reaksi terhadap ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di acara forum ECB berkenaan dasar monetari.

Harga telah kembali paparkan peningkatan perlahan sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu) dan dilihat telah melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebagai isyarat awal untuk corak kenaikan harga diteruskan.

Jika berlaku kenaikan harga pada sesi-sesi berikutnya, zon rintangan 0.67000 bakal diuji untuk ditembusi setelah zon tersebut kebal menghalang cubaan kenaikan sejak Mei lalu.

Selepas rintangan itu berjaya ditembusi, barulah harga mampu untuk naik lebih tinggi menuju sasaran tumpuan seterusnya seperti sekitar 0.67700 pula.

Sebaliknya jika penurunan pula yang terjadi, harga sama ada akan berlegar di zon mendatar dari minggu lalu, atau susut lebih rendah ke paras 0.66000.

Reaksi harga di sekitar zon support penting ini akan memberi petunjuk bagi arah pergerakan harga selanjutnya dengan kemungkinan risiko kejatuhan lebih rendah boleh berlaku.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat