AUD/USD Kembali Melonjak Didorong Oleh Data Jualan Runcit Australia Yang Meningkat

250

Matawang komoditi dolar Australia pada sesi pasaran Asia hari ini mengukuh kembali selepas data jualan runcit Australia untuk bulan Februari yang dikeluarkan padi tadi mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh 15 bulan mengatasi bacaan data pada bulan sebelumnya dan juga jangkaan yang meningkat oleh pasaran.

Dengan itu, Aussie telah melonjak kembali setelah didagangkan lemah pada dagangan semalam selepas mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia menetapkan kadar faedah masih dikekalkan di paras 1.50% seperti sebelum ini.

Pengukuhan dolar AUD juga turut disokong oleh  data PMI perkhidmatan Caixen di China yang turut mencatatkan bacaan yang meningkat pada pagi ini.

Oleh itu, dapat diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pagi ini telah melonjak 50 pips ke paras sekitar 0.71000 setakat jam 12.28 tengah hari.

Dolar Amerika Syarikat pula didagangkan mendatar dan agak berwaspada oleh pelabur menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat ini yang bakal menyaksikan pergerakan volatile harga.

Selepasa penetapan kadar faedah pada mesyuarat bank pusat Australia semalam, harga pada dagangan AUD/USD menjunam sehingga ke paras terendah harian sekitar 0.70520 selepas melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line.

Namun, harga kembali melonjak dari paras terendah harian semalam melepasi paras Magic Pivot 0.7084 hari ini sebelum mula bergerak perlahan di sekitar paras 0.71000.

Jika harga terus mengekalkan momentum kenaikan, jangkaan paras tumpuan harga adalah pada sekitar 0.71500 atau ke paras resistance 0.7161 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini sebelum cuba untuk mengatasi paras ketinggian harag yang dicapai pada bulan Mac.

Kenaikan tersebut bakal melihatkan harga bergerak sekitar 60 hingga 70 pips lagi ke paras lebih tinggi selepas lonjakan 50 pips dicatatkan sejak awal sesi Asia pagi ini.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, paras terendah dagangan harian semalam pada 0.70520 bakal diujji sebelum harga cuba meneruskan penurunan ke paras lebih rendah berkemungkinan mencecah ke paras sekitar 0.70200.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu analisis pergerakan harga dengan lebih terperinci.

Paras support: 0.7038, 0.7006, 0.6961.

Paras resistance: 0.7115, 0.7161, 0.7193.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat