AUD/USD Masih Kekalkan Corak Bullish Minggu Lalu

139

Sentimen pasaran sudah mula memulih daripada suasana berisiko sebelum ini?

Pelabur kini menyaksikan penyusutan bagi mata wang US dolar sementara mata wang berpulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand pamer peningkatan yang cemerlang.

Ini menjadi petunjuk buat pelabur untuk pemulihan pada sentimen pasaran semasa yang dilihat didorong oleh faktor kelonggaran sekatan pergerakan di China susulan penularan coronavirus terbaru tempoh hari, bakal menyokong semula pertumbuhan ekonomi global.

Menarik untuk meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD yang memberi reaksi pada perubahan sentimen semasa dalam pasaran.

Situasi penyusutan US dolar yang telah bermula sejak minggu lalu mendorong kenaikan harga bertahan di atas paras 0.7000 sehingga ke penghujung minggu dengan paras ketinggian mingguan yang dicapai adalah sekitar 0.70700.

Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini menyaksikan kenaikan harga diteruskan pada sesi Asia mengatasi paras ketinggian minggu lalu tersebut dan mencapai ke zon tumpuan 0.71000 memasuki dagangan sesi Eropah.

Harga kekal memberi isyarat untuk pergerakan bullish dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Kenaikan lebih tinggi jika berjaya diteruskan harga selanjutnya bakal mensasarkan kepada beberapa paras tumpuan sebelum ini seperti pada 0.71800 dan ketinggian 0.72600.

Namun, pelabur tetap berwaspada sekiranya mendapat isyarat untuk perubahan arah harga semula menyangkal jangkaan untuk meneruskan corak kenaikan.

Penurunan semula harga dilihat akan menguji paras 0.70400 sebelum ke paras 0.7000, antara paras yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Penurunan lanjutnya harga seterusnya dilihat akan menuju pula ke paras 0.69000 sebelum menguji zon support utama pada 0.68300.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat