AUD/USD Melonjak 140 Pips Semalam, Pasaran Dimanipulasi?

1,373

Sesi dagangan New York semalam mengejutkan pasaran dengan pergerakan drastik harga bagi matawang dolar Australia yang melonjak ketara dalam masa beberapa minit sahaja.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga bergerak menurun menunjukkan dagangan Aussie yang lebih lemah berbanding US dolar.

Namun sekitar jam 11 malam waktu tempatan, harga secara tiba-tiba membuat lonjakan sehingga 140 pips ke paras lebih tinggi mencecah 0.61750 iaitu paras tertinggi harian sebelum kembali membuat penurunan semula dan bergerak perlahan sehingga sesi dagangan New York berakhir.

Ini telah mengejutkan para penganalisis pasaran dengan ketiadaan data-data ekonomi yang mendorong pergerakan volatile tersebut. Dipercayai pergerakan tersebut adalah disebabkan ketidakstabilan kecairan dalam pasaran Australia sementara ada spekulasi yang mengandaikan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang memanipulasi pasaran.

Namun, harga kembali bergerak perlahan semula sehingga bersambung ke sesi pasaran Asia pagi ini.

Pergerakan harga masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta AUD/USD yang memberi isyarat kecenderungan harga untuk membuat penurunan.

Dagangan US dolar yang tidak menentu dan kebimbangan pelabur menantikan data pekerjaan NFP juga melihatkan pergerakan harga lebih mendatar pada dagangan minggu ini di bawah paras 0.6200.

Jika harga membuat penurunan, paras 0.6000 yang merupakan zon RBS (resistance become support) akan kembali diuji sebelum penurunan diteruskan.

Menuju ke paras lebih rendah, paras support pada 0.58700 akan menjadi destinasi tumpuan harga pada penurunan seterusnya.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras halangan MA50, harga akan menguji zon resistance 0.6200 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi mencatatkan paras ketinggian terbaru sekitar 0.6300.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat