AUD/USD Melonjak 50 Pips Pada Sesi Asia Hari Ini

327

Dagangan dolar Australia (AUD) pada sesi Asia hari ini diniagakan lemah pada awal sesi bermula sehingga data pinjama rumah di Australia yang dikeluarkan mencatatkan bacaan yang rendah berbanding bacaan sebelum ini.

Namun, dolar AUD kembali melonjak susulan laporan terkini rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China berhubung perjanjian matawang yang kembali memulihkan pasaran yang berisiko.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga menunjukkan corak penurunan sejak awal minggu sehingga dagangan semalam dengan matawang dolar Australia menerima tekanan oleh sentimen berisiko pasaran disebabkan ketidaktentuan rundingan dagang AS-China.

Harga pada AUD/USD yang mencecah paras terendah mingguan pada sesi awal sesi Asia pagi ini di paras 0.67100 kemudiannya kembali melonjak hampir 50 pips ekoran laporan positif rundingan dagang AS-China tersebut.

Kenaikan harga juga didorong oleh halangan dolar USD untuk mengukuh selepas laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi menunjukkan kebanyakkan para penggubal polisi percaya bahawa kadar faedah perlu diturunkan kepada 25 mata asas berdasarkan unjuran ekonomi semasa dan objektif inflasi.

Pergerakan harga setakat jam 11.46 pagi melihatkan harga masih menguji zon tumpuan pada sekitar 0.67450 yang telah diuji sejak penghujung dagangan September lalu.

Kenaikan harga lebih tinggi dipercayai akan menuju ke paras resistance pada 0.67800 dan menguji paras tersebut sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Namun jika harga kembali meneruskan corak penurunan harga sejak awal minggu, penurunan dilihat bakal mencecah ke paras 0.67000 untuk mencatatkan paras terendah mingguan terbaru.

Penurunan lebih rendah bakal menguji semula paras support pada 0.66700 yang telah diuji pada awal minggu lalu namun harga gagal menembusi ke paras lebih rendah.

Pantau perkembangan rundingan dagang AS-China dan lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah ini untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat