AUD/USD Melonjak 90 Pips Ke Paras Ketinggian Terbaru 3 Bulan!

600

Sentimen pasaran pada awal minggu dilihat mempamerkan pemulihan disokong oleh keredaan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini.

US dolar bergerak lemah pada permulaan sesi Asia bagi dagangan awal minggu sementara matawang komoditi pula berjaya mencatatkan peningkatan nilai matawang masing-masing.

Khususnya dolar Australia, harga berjaya bergerak kukuh berbanding US dolar dengan kenaikan harga pada carta pasangan AUD/USD pada sesi Asia hari ini telah mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan.

Harga telah berjaya menembusi paras halangan pada ketinggian 0.66800 yang diuji sepanjang minggu lalu dengan lonjakan sekitar 90 pips sehingga penghujung sesi.

Namun, pelabur dijangka akan lebih berwaspada terhadap dagangan Aussie menjelang keputusan mesyuarat dasar bank pusat Australia dan juga data pertumbuhan GDP pada minggu ini.

Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju paras ketinggian terbaru menuju paras tumpuan 0.68000 sehingga 0.68300.

Namun jika penurunan harga berlaku, harga akan akan kembali menuji semula paras 0.66800 yang membentuk zon RBS (resistance become support) pada carta AUD/USD.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon RBS seterusnya di paras 0.66100 sebelum ke paras lebih rendah pada 0.65700.

US dolar berpotensi untuk kembali mengukuh semula dengan risiko terhadap sentimen rusuhan yang tercetus di Amerika Syarikat susulan kematian George Floyd yang membangkitkan kemarahan rakyat di sana.

Turut menjadi tumpuan adalah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada penghujung minggu yang bakal memberi impak terhadap dagangan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat