AUD/USD Menjunam 3 Minggu Berterusan Akibat Penularan Coronavirus

458

Dagangan matawang dolar Australia meneruskan kejatuhan pada minggu ketiga berturut-turut setelah penularan wabak Coronoavirus minggu lalu kini semakin bertambah buruk.

Matawang Australia yang sensitif terhadap ekonomi China telah mengalami penurunan ketara dengan berita-berita yang semakin meruncing berkenaan kesan yang kritikal susulan angka korban akibat virus tersebut meningkat dengan pantas.

Untuk data ekonomi pula, pelabur akan memberi tumpuan terhadap data inflasi Australia untuk suku terakhir 2019 yang akan turut mempengaruhi keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia edisi Februari.

Dengan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada minggu hadapan akan menambahkan lagi tekana buat dagangan Aussie.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, pergerakan harga telah mencatatkan penurunan 3 minggu berturut-turut.

Harga yang memulakan dagangan minggu ini pada Isnin semalam telah memaparkan pembukaan jarak (gap) harga yang lebih rendah berbanding penutupan harga minggu lalu ekoran penularan Coronavirus yang semakin membimbangkan pada hujung minggu.

Harga terus membuat penurunan melepasi paras penting 0.68000 semalam sehingga ke paras terendah harian sekitar 0.67500 dengan penurunan hampir 70 pips dicatatkan.

Menyambung penurunan pada awal sesi Asia pagi ini, harga yang turun mencecah paras 0.67460 merekodkan paras terendah terbaru sejak dagangan Oktober 2019 lalu.

Namun harga menunjukkan kenaikan perlahan ke paras 0.67600 pada penghujung sesi Asia dengan jangkaan penurunan harga disambung semula pada sesi berikutnya.

Penurunan harga dijangka berterusan dengan impak wabak Coronavirus yang menunjukkan ekonomi China semakin tenat di mana turut meningkatkan risiko ke atas sentimen pasaran.

Penurunan terendah mampu mencecah paras 0.66700 yang merupakan zon support pada dagangan tahun lalu di mana zon tersebut diuji kali terakhir pada September.

Kenaikan harga berkemungkinan boleh berlaku dengan jangkaan harga menuju paras 0.68000 untuk menguji semula paras tumpuan harga tersebut. Begitu juga garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang mengekalkan trend bearish pada carta AUD/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat