AUD/USD Menjunam Awal Sesi Asia Susulan Laporan Pekerjaan Australia Yang Mengecewakan

267

Selain masih menerima tempias terhadap ketegangan perang dagang AS-China serta data ekonomi China yang lemah, dagangan Aussie hari ini ditekankan lagi oleh laporan data pekerjaan Australia yang mengecewakan.

Kadar pertambahan pekerjaan meningkat kepada 28,400 pada bulan April, namun apa yang membimbangkan adalah kadar pengangguran yang meningkat kepada 5.2%. Angka tersebut adalah yang tertinggi dicatatkan sejak Ogos tahun lalu.

Laporan pekerjaan kali ini bakal mempengaruhi keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia dan penurunan kadar faedah selepas ini akan dijangkakan oleh pasaran.

Jika diperhatikan pergerakan bagi pasangan matawang AUD/USD hari ini, harga dari paras Magic Pivot 0.6929 meneruskan siri penurunan ke paras terendah yang baru sehingga mencecah ke paras support 0.6897 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun harga kembali pantul semula sebelum bergerak perlahan di sekitar paras support pada 0.6912 (MagicS1).

Aussie yang dijangka lemah sehingga penghujung minggu ini bakal ditekan ke paras lebih rendah walaupun dagangan USD masih lemah dalam suasana pasaran berisiko berikutan pelabur masih menantikan perkembangan terbaru rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Harga pada AUD/USD dijangka akan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah dan berkemungkinan mampu mencecah ke paras terendah terbaru hari ini sehingga ke paras sekitar 0.6879 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance 0.6944 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance) akan kembali diuji semula.

Jika paras tersebut berjaya ditembusi, kenaikan seterusnya dilihat akan menuju ke paras resistance pada 0.6961 (MagicR2) atau sedikit tinggi lagi ke paras 0.6976 (MagicR3).

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6912, 0.6897, 0.6879.

Paras resistance: 0.6944, 0.6961, 0.6976.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat