AUD/USD Menjunam Ke Paras Terendah Sejak November 2020!

386

Sentimen berisiko yang berterusan sehingga ke penghujung minggu memberi tekanan terhadap mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia.

Walaupun laporan data pekerjaan Australia yang menjadi tumpuan pada sesi Asia semalam diterbitkan dengan bacaan yang positif, masih gagal untuk memberi sokongan terhadap pergerakan dolar Aussie.

Walaupun kadar pengangguran susut ke paras 4.6% berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 5.0%, namun pertambahan pekerjaan di Australia dilihat lemah sekitar 2,200 untuk bulan Julai.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD telah menyaksikan harga menjunam ke paras terendah 9 bulan selepas harga susut di bawah paras 0.73000 minggu ini.

Turut mendorong penurunan ketara harga adalah berikutan pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar sebagai safe-haven yang menjadi tarikan pelabur dalam suasana pasaran berisiko.

Selepas sesi New York semalam turun ke paras sekitar 0.71500, harga terus menyambung penurunan pada dagangan hari ini (Jumaat) ke paras sekitar 0.71300 di awal sesi Eropah.

Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menuju ke paras support 0.70000 yang menjadi sokongan harga pada dagangan September dan Oktober 2020 lalu.

Namun jika kenaikan harga berjaya melonjak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, akan kembali memberi isyarat untuk kenaikan harga pada carta AUD/USD semula.

Kenaikan harga dilihat akan menguji rintangan pada 0.73000 dahulu sebelum meneruskan pergerakan trend bullish selanjutnya.

Ini akan berlaku sekiranya sentimen pasaran kembali pulih membuatkan US dolar kembali susut nilai sementara mata wang pulangan tinggi seperti dolar Aussie akan mendapat tarikan semula dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat