AUD/USD Mula Pamer Penurunan Susulan Ucapan Gabenor Bank Pusat Australia

371

Selain perkembangan Brexit menjadi tumpuan, pelabur hari ini turut memberi fokus terhadap ucapan oleh Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe sebentar tadi.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bank pusat masih bersedia untuk tindakan pelonggaran polisi jika memerlukan namun menolak kemungkinan kadar faedah negatif. Kadar faedah telah diturunkan 3 kali pada tahun ini dan merekodkan kadar terkini yang terendah pernah dicatatkan oleh sejarah penetapan oleh bank pusat.

Seterusnya, laporan data inflasi di Australia pada esok hari akan menjadi tumpuan susulan oleh pelabur yang meneliti nilai dagangan dolar Australia.

Dolar Aussie menyusut susulan ucapan Gabenor Philip Lowe dan dilihat penurunan harga ditunjukkan pada carta pasangan matawang AUD/USD pada sesi Eropah.

Sebelumnya, harga membuat kenaikan sejak Isnin berikutan perkembangan positif pada laporan berhubung rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Kenaikan harga telah memasuki zon SBR (support become resistance) pada julat 0.68500 dan 0.68600 sebelum harga mula menunjukkan penurunan.

Penurunan harga dijangka akan kembali menuju ke paras sekitar 0.68300 dan akan cuba menembusi garisan Moving Average 50 (MA50) yang bertindak sebagai paras halangan dinamik pada carta AUD/USD.

Penurunan lebih rendah akan menguji pula paras support pada 0.68100 yang diuji beberapa kali pada dagangan minggu lalu.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan, destinasi tumpuan harga adalah pada resistance 0.68800 sebelum harga cuba untuk melepasi paras tersebut untuk mencatatkan paras ketinggian yang terbaru.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat