AUD/USD Mulakan Dagangan Sesi Asia Dengan Terjunan Harga 300 Pips!

474

Sementara menantikan ucapan terbaru oleh Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe sebentar lagi, dagangan dolar Australia telah pun mempamerkan penurunan pada awal sesi Asia.

Dolar Aussie terus bergerak lemah dalam sentimen pasaran yang berisiko walaupun data pekerjaan Australia yang diterbitkan mencatat bacaan yang memuaskan.

Pertambahan pekerjaan di Australia meningkat kepada 26,700 lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan 8,500 pekerjaan dan juga berbanding 12,900 bacaan sebelumnya. Kadar pengangguran juga turut mencatatkan penurunan kepada 5.1% daripada 5.3% sebelum ini.

Namun, bacaan data yang positif gagal menyokong pengukuhan bagi matawang Australia itu dengan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD sudah merekodkan penurunan 300 pips setakat sesi Asia sahaja.

Penurunan harga telah mencecah hampir ke paras sekitar 0.55000 iaitu paras terendah harga yang pernah dicatatkan sejak dagangan tahun 2002.

Penurunan turut disokong oleh tekanan oleh pengukuhan US dolar dengan kecairan yang semakin meningkat di samping suntikan dana kerajaan serta bank pusat yang giat dilaksanakan.

Harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah di bawah paras harga 0.54000 merekodkan paras terendah harga sejak Oktober 2002.

Namun jika harga membuat kenaikan pula, harga dilihat akan cuba melepasi paras ketinggian hari ini dan menuju semula pada paras penting 0.60000. Halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) juga akan diuji untuk sebarang isyarat perubahan trend pada carta AUD/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat