AUD/USD Pamer Corak Kenaikan, Namun Pelabur Berwaspada

189

Walaupun masih dalam situasi yang tidak menentu, sentimen pasaran yang dinilai beransur pulih telah menyokong pemulihan bagi dagangan mata wang komoditi di samping penyusutan US dolar yang masih berterusan di awal minggu.

Dolar Australia pamerkan pergerakan positif pada sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan tumpuan pada minit mesyuarat bank pusat Australia yang diterbitkan.

Reserve Bank of Australia (RBA) bakal mengekalkan dasar monetari longgar dijangka sehingga 2024 dan kadar faedah tidak akan ditingkatkan sehingga mencapai sasaran 2-3%.

Minit mesyuarat dilihat tidak memberi kesan penurunan nilai dolar Aussie, sebaliknya disokong oleh kenyataan oleh Setiausaha Perbendaharaan Australia, Steven Kennedy yang mengatakan pemulihan ekonomi Australia adalah lebih kukuh berbanding negara-negara yang lain.

Dengan faktor penyusutan US dolar, harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD berjaya meneruskan corak kenaikan harga pada awal minggu ini walaupun momentum dilihat agak perlahan.

Pada dagangan semalam, harga membuat kenaikan semula selepas penurunan pada awalnya disokong pada paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bersambung sehingga hari ini.

Kenaikan harga dilihat diteruskan pada sesi Eropah untuk menuju paras rintangan 0.783000 pada zon SBR (support become resistance).

Kenaikan yang lebih tinggi berjaya diteruskan bakal mengatasi paras ketinggian minggu lalu untuk menuju zon 0.79200 sebelum tumpuan utama terarah pada resistance 0.80000.

Jika situasi penurunan harga berlaku pula, zon RBS (resistance become support) pada 0.76500 dilihat akan menjadi paras sokongan untuk menghalang harga susut lebih rendah.

Harga yang masih meneruskan penurunan seterusnya akan menuju ke zon support pada julat 0.75700 dan 0.75300 yang diuji pada dagangan Mac lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat