AUD/USD Pamer Momentum Positif Untuk Kenaikan Harga

334

Sepertinya pelabur tidak memberi reaksi yang positif untuk dagangan mata wang dolar Australia pada sesi Asia susulan terbitan data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia serta data sektor perkhidmatan China yang suram.

Pertumbuhan KDNK Australia bagi suku terakhir 2020 mencatatkan angka yang baik pada 3.1% mengatasi jangkaan penurunan kepada 2.5%. Namun, angka tersebut sedikit rendah berbanding bacaan suku sebelumnya pada bacaan yang dikemaskini kepada 3.4%.

Namun mata wang komoditi termasuk dolar Aussie dilihat kembali disokong oleh sentimen pasaran yang pulih dengan indeks-indeks utama pasaran Wall Street menunjukkan peningkatan.

Dilihat pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah membuat kenaikan ketara pada sesi Eropah semalam selepas pergerakan harga pada sesi Asia sebelumnya pasif susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia.

Kenaikan harga turut disokong oleh faktor penyusutan semula US dolar dalam pasaran berikutan sentimen pasaran yang pulih memberi tekanan buat mata wang safe-haven.

Kenaikan harga telah berjaya melepasi zon rintangan pada 0.78200 selepas harga bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat perubahan trend bullish.

Jika sentimen pasaran kekal tidak berubah, harga boleh meningkat semula sehingga ke paras ketinggian 0.8000 yang dicapai minggu lalu.

Namun harga memerlukan momentum yang lebih kukuh untuk melonjak tinggi ke paras rintangan tersebut.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan seperti penghujung minggu lalu, harga bakal menguji paras sokongan MA50 dan zon sokongan 0.77400.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah semula ke paras support 0.76500 untuk merekodkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat