AUD/USD Pamer Penurunan Susulan Minit Mesyuarat RBA Diterbitkan

259

Dolar Australia menjadi matawang dengan pergerakan yang aktif pada sesi pasaran Asia hari ini berikutan tumpuan terarah pada minit mesyuarat yang diterbitkan oleh Reserve Bank of Australia (RBA).

Pada awal November, RBA telah mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.75% pada mesyuarat dasar monetari yang terbaru.

Ahli jawatankuasa mesyuarat dilaporkan mempertimbangkan tindakan pelonggaran lebih lanjut jika diperlukan. Namun penurunan kadar pada November ditangguhkan ekoran kadar faedah yang rendah boleh membawa kesan negatif.

Kadar faedah yang rendah dijangka akan kembali menyokong ekonomi. Justeru, bank pusat bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah rendah untuk tempoh yang lebih panjang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Susulan laporan minit mesyuarat diterbitkan, dagangan dolar Australia menyusut dengan penurunan ketara harga dipamerkan pada carta pasangan matawang utama AUD/USD pada sesi Asia.

Ketidaktentuan pada sentimen rundingan dagang AS-China melihatkan pergerakan yang mendatar harga pada AUD/USD semalam dan berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Namun, dagangan yang bersambung hari ini melihatkan harga menjunam pada awal sesi Asia dengan penurunan harga ke paras sekitar 0.67850.

Namun, menuju ke sesi pasaran Eropah, harga mula menunjukkan kenaikan yang perlahan tetapi masih berada di bawah paras MA50.

Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi, berkemungkinan harga akan meneruskan semula penurunan yang dilakukan awal pagi tadi.

Penurunan harga bakal menuju zon support sekitar 0.67800 dan 0.67700. Zon tersebut bakal diuji harga sebelum harga mencatatkan paras terendah yang terbaru.

Namun jika kenaikan harga berjaya diteruskan, paras tumpuan pada 0.68200 akan dituju harga sebelum destinasi seterusnya adalah pada zon SBR (support become resistance) sekitar 0.68650.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat