AUD/USD ‘Panjat’ Lagi! Sasar Ketinggian 0.74000

585

Tidak banyak perubahan pada sentimen pasaran pada minggu ini yang terus menyaksikan pergerakan lemah US dolar sepanjang minggu.

Mata wang utama lain seperti mata wang komoditi dolar New Zealand dan dolar Australia terus memanfaatkan ruang untuk pengukuhan nilai dalam pasaran walaupun peningkatan nilai mata wang perlahan.

Dolar Australia pamerkan pengukuhan berbanding US dolar pada hari ini (Jumaat) untuk menutup tirai dagangan minggu ini di paras tertinggi terbaru selepas mendatar pada dagangan semalam.

Jika diteliti pada carta harga pasangan AUD/USD pada awal minggu ini, harga yang telah berjaya menembusi paras rintangan 0.73300 telah bergerak lebih tinggi namun mendatar di bawah paras ketinggian 0.73700 yang menjadi rintangan terbaru.

Walaupun begitu, harga kekal dilihat bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga yang masih belum memberi isyarat penurunan harga akan berlaku.

Kemudian dapat dilihat pada dagangan di sesi Asia pada hari ini, harga telah berjaya melepasi rintangan 0.73700 dan meneruskan kenaikan lebih tinggi pada dagangan yang bersambung ke sesi Eropah.

Kenaikan seterusnya dilihat akan menuju zon resistance 0.74000 yang telah diuji pada awal September lalu sebelum harga membuat penurunan semula.

Namun, berwaspada sekiranya berlaku penurunan harga semula berkemungkinan faktor perubahan sentimen pasaran ataupun aktiviti pengambilan keuntungan (profit-taking) oleh para pelabur.

Penurunan akan menguji semula zon RBS (resistance become support) 0.73300 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju ke paras sekitar 0.73000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat