AUD/USD Rekod Pergerakan Harga Semalam Hampir 800 Pips!

1,333

Sentimen berisiko pasaran telah menyaksikan pergerakan volatile harga pada carta pasangan matawang AUD/USD semalam.

Fenomena “flash crash” pada sesi Asia semalam, harga menjunam 300 pips sebelum kembali melonjak semula 370 pips mencapai paras tertinggi harian pada sesi New York sebelum kembali turun 100 pips sebelum dagangan ditutup.

Ini menjadikan jumlah pergerakan harian pada carta AUD/USD semalam hampir mencecah 800 pips hanya dalam 1 hari. Satu pergerakan harga yang tidak normal dan jarang terjadi.

Sentimen berisiko pasaran masih disebabkan faktor wabak Coronavirus COVID-19 yang terus meningkatkan kebimbangan seluruh dunia dan ditambah lagi tekanan krisis perang harga minyak oleh Arab Saudi dan Rusia.

Pada sesi Asia hari ini harga bergerak perlahan di bawah paras 0.66000 dengan matawang dolar Australia masih didagangkan berisiko yang terkesan oleh penularan wabak Coronavirus.

Keyakinan pelabur terhadap matawang US dolar juga masih rendah ekoran dibayangi jangkaan penurunan lebih lanjut kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat dasar monetari yang seterusnya.

Penurunan harga dijangka akan menuju paras support pada 0.644000 yang merupakan paras sokongan harga pada penghujung Februari lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50), harga berkemungkinan kembali menguji paras resistance 0.66700 yang diuji semalam.

Adakah situasi akan bertambah buruk atau ekonomi global akan menemui jalan untuk kembali pulih semula? Pelabur akan kekal berjaga-jaga dalam berdepan ancaman risiko dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat