AUD/USD Sedia Untuk Terbang Lebih Tinggi, Namun Waspada Dengan ‘Halangan’ Ini

171

Debaran menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi terus mendorong pergerakan suram US dolar yang dipamerkan sejak penghujung minggu lalu bersambung pada dagangan awal minggu ini.

Walaupun ucapan bernada hawkish disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell minggu lalu, namun US dolar gagal pamerkan pengukuhan, sebaliknya menyusut dan membuka ruang untuk kebanyakan mata wang utama lain untuk meningkat semula.

Begitu juga dolar Australia yang papar prestasi cemerlang di awal minggu, meningkat berbanding US dolar mengatasi dagangan pada minggu lalu.

Pelabur Aussie akan berwaspada menantikan laporan data pekerjaan Australia pada Khamis sementara data inflasi AS akan menjadi tumpuan terlebih dahulu pada malam ini yang berpotensi menjadi penghalang untuk pengukuhan dolar AUD ataupun sebaliknya.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD yang menyaksikan lonjakan pada penutupan dagangan penghujung minggu lalu dilihat meneruskan corak kenaikan di awal minggu ini.

Kenaikan pada sesi Asia semalam dari paras 0.68250 telah berjaya menyentuh paras ketinggian 0.69000 yang menjadi rintangan terbaru buat harga selain harga juga mencatatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.

Bersambung pada dagangan Selasa hari ini, harga dilihat masih terhalang pada rintangan 0.69000 dan sedikit menyusut, namun harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat pergerakan harga masih bullish.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan dan melepasi rintangan 0.69000, harga berkemungkinan akan mensasarkan ke paras 0.70000 untuk menguji zon rintangan penting itu.

Zon tersebut juga pernah diuji pada penghujung Ogos lalu, namun harga gagal untuk menembusinya.

Sebaliknya jika harga tetap gagal untuk melepasi rintangan 0.69000 dan mula susut di bawah paras sokongan MA50, zon 0.68300 dan 0.67700 dilihat antara yang akan menjadi tumpuan pada penurunan yang diteruskan.

Penurunan lebih rendah bakal menguji zon support 0.67000 yang menjadi tumpuan minggu lalu ketika berlaku lantunan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat