AUD/USD Semakin ‘Meninggi’ Selepas Reaksi Positif Terhadap Minit Mesyuarat RBA

250

Boleh tahan juga mata wang dolar Australia pamerkan pengukuhan di awal minggu ini, sebab US dolar yang sedang melemah ke?

Faktor lain yang dilihat akan menyokong pengukuhan lanjut dolar Aussie apabila laporan minit mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang telah diterbitkan pada sesi Asia sebentar tadi telah memberi petunjuk kenaikan kadar faedah lebih agresif bank pusat selepas ini.

RBA pada mesyuarat polisi awal Mei lalu telah melaksanakan kenaikan kadar faedah yang mengatasi jangkaan iaitu 25 mata asas kepada 0.35%, namun sebenarnya penggubal polisi dilihat sedang mempertimbangkan kenaikan kadar lebih tinggi sehingga 40 mata asas!

Hal ini memberi gambaran kenaikan kadar sekurang-kurangnya 25 mata asas akan dilakukan pada mesyuarat Jun nanti untuk meneruskan langkah pengetatan dasar susulan inflasi Australia yang mencapai ke paras tertinggi 20 tahun.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD telah kembali menyaksikan peningkatan semula harga di awal minggu ini menyambung kenaikan yang berlaku pada penutupan dagangan penghujung minggu lalu.

Paras terendah terbaru harga yang dicecah minggu lalu adalah pada zon 0.68300, mencatatkan paras terendah sejak Jun 2020 lalu.

Namun harga telah membuat kenaikan semula dari zon tersebut dan memberikan isyarat perubahan trend bullish kepada pelabur setelah harga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Penurunan awal dilihat pada pembukaan dagangan minggu ini di sesi Asia semalam ke bawah paras 0.6900 sebelum harga meningkat semula sehingga ke penghujung sesi New York menutup dagangan sekitar 0.69700.

Kenaikan harga diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Selasa), setelah reaksi positif pelabur terhadap minit mesyuarat RBA yang diterbitkan sebentar tadi yang menyokong pergerakan dolar Aussie untuk terus meningkat sementara US dolar masih bergerak suram dalam pasaran.

Sehingga bersambung dagangan pada awal sesi Eropah, harga telah melepasi paras 0.7000 dan dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan sasaran menuju ke zon tumpuan sekitar 0.71000.

Perubahan trend bullish akan mendorong harga ke paras ketinggian dicapai sebelum ini semula sekitar 0.72500 pada awal Mei lalu.

Namun jika trend bearish belum berakhir, harga bakal susut semula ke paras sekitar 0.69000 terlebih dahulu sebelum menunjukkan isyarat bagi penurunan lebih rendah harga.

Selanjutnya, zon support pada 0.68300 akan kembali diuji pada minggu ini pula selepas menyokong kenaikan harga semula pada minggu lalu.

Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi dipercayai akan mempengaruhi arah pergerakan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat