AUD/USD Sudah Membuat Kenaikan 600 Pips Sejak Minggu Lalu Dari Paras Terendah 17 Tahun

1,300

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD turut mencatatkan kenaikan dengan dagangan dolar Australia berjaya mengukuh berbanding US dolar yang mengalami penyusutan yang ketara.

Sesi New York semalam memaparkan kenaikan harga pada carta-carta harga pasangan matawang utama berbanding US dolar selepas data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat untuk minggu lalu mencatatkan kenaikan yang mendadak sehingga 3.28 juta.

Dagangan AUD/USD telah mempamerkan kenaikan sekitar 600 pips dari paras terendah harga yang dicecah pada minggu lalu. Paras terendah sekitar 0.55100 merupakan yang terendah dalam tempoh 17 tahun.

Corak kenaikan harga dipamerkan sepanjang dagangan minggu ini didorong oleh penyusutan US dolar sementara pelabur menantikan pakej rangsangan berskala mega yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat untuk menangani isu COVID-19 yang menjejaskan ekonomi dengan sangat buruk.

Dagangan semalam yang menguji paras terendah harian pada Selasa sekitar 0.58700 telah membuat kenaikan lebih 200 pips menguji paras ketinggian dagangan hari sebelumnya.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi mencatatkan paras tertinggi mingguan pada 0.61250 sehingga ke sesi Eropah.

US dolar yang berterusan lemah dilihat akan mendorong kenaikan harga menuju paras 0.6300 menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Namun harga juga berkemungkinan membuat penurunan yang didorong oleh aktiviti profit-taking pada penghujung minggu.

Jika penurunan berlaku, harga dilihat akan turun menguji paras penting 0.6000 dan juga menguji paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.

Penurunan lebih rendah bakal menuju paras 0.5700 atau kembali semula ke zon support 0.55000 untuk.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat