AUD/USD Susut 60 Pips Susulan Keputusan Mesyuarat Polisi RBA

458

Matawang dolar Australia tidak memberikan reaksi yang ketara terhadap keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang telah dijangkakan oleh pasaran.

Gabenor Philip Lowe meyampaikan kenyataan yang positif berkenaan pasaran kewangan dan juga harapan terhadap pemulihan ekonomi di Australia.

Namun dolar Aussie kemudiannya paparkan pergerakan yang lemah susulan pengumuman perintah berkurung diumumkan di bandar Melbourne dilanjutkan sehingga 6 minggu ekoran peningkatan kes jangkitan yang membimbangkan.

Awal dagangan sesi Eropah kembali menyaksikan pengukuhan semula US dolar untuk memulihkan kerugian yang dicatatkan sejak semalam susulan sentimen risk-on pasaran yang melemahkan dagangan matawang safe-haven.

Pada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga yang membuat kenaikan hampir menyentuh paras tumpuan 0.7000 di sesi Asia, penurunan kembali dipamerkan sehingga dagangan bersambung pada sesi Eropah sekitar 60 pips.

Harga yang telah turun melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harag di carta AUD/USD kembali memberi isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan harga bakal menuju semula ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1.69100 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah.

Jika sentimen pasaran berubah dan memberi tekanan terhadap dagangan Aussie, momentum penurunan akan mendorong harga mencecah ke paras support sehingga paras 0.68100.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance pada 0.70000 akan diuji untuk harga menentukan pergerakan selanjutnya.

Kenaikan yang melepasi zon tersebut, akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu berkemungkinan menuju paras sekitar 0.70800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat