AUD/USD Susut Lebih Rendah Uji Zon Support Pada Januari Lalu

144

Memulakan dagangan pada pembukaan minggu ini, harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD pamerkan penurunan pada sesi Asia ke paras lebih rendah berbanding minggu lalu sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.

Sentimen pasaran yang kekal berisiko dilihat akan terus membelenggu pergerakan dolar Aussie sementara kelebihan dimiliki buat mata wang safe-haven US dolar.

Mengimbas dagangan pada minggu lalu, harga telah berjaya membuat kenaikan ke paras ketinggian 0.72600 ketika reaksi harga selepas mesyuarat FOMC yang menyaksikan penyusutan awal US dolar.

Namun US dolar yang kembali mengukuh semula menuju penghujung minggu menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) telah mendorong harga pada carta AUD/USD kembali susut semula ke zon tumpuan 0.71000.

Dagangan pada Jumaat dilihat berlegar di bawah zon 0.71000 tersebut dengan reaksi suram harga selepas laporan NFP AS diterbitkan.

Namun menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga dilihat membuat penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan minggu lalu sekitar 0.70300 dan setakat jam 1.00 petang, harga telah mencecah paras 0.70000.

Zon 0.70000 merupakan support penting buat harga yang sebelum ini telah berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga pada dagangan Disember dan Januari lalu.

Harga kekal memberi isyarat trend bearish dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk kecenderungan US dolar menyambung pengukuhannya selepas Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat minggu lalu.

Penurunan lebih rendah di bawah paras 0.70000 dijangkakan untuk mencatatkan paras terendah terbaru lagi untuk tempoh 2 tahun dengan sasaran menuju ke paras sekitar 0.69000.

Namun sebaliknya jika harga membuat lonjakan semula, zon 0.71000 akan menjadi rintangan penting untuk diuji sebelum harga memberi petunjuk awal perubahan trend.

Kenaikan yang diteurskan dilihat akan menguji semula ketinggian yang dicapai minggu lalu sebelum menuju ke paras lebih tinggi ke sekitar 0.73000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat