AUD/USD Terjun Lagi Ke Paras Terendah Terbaru Sejak April 2020!

118

Susulan risiko yang memuncak pada pembukaan dagangan awal minggu ini, mata wang dolar Australia (AUD) telah menyusut lebih rendah mencatatkan nilai terendah dalam tempoh 2 tahun berbanding US dolar.

Sentimen risk-off pasaran telah didorong oleh serangan letupan Crimea Bridge sehingga menyebabkan Rusia melancarkan serangan peluru berpandu ke bandar-bandar utama Ukraine dengan mensasarkan infrastruktur penting.

Selain itu juga, kebimbangan semakin meningkat di China sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia ekoran laporan penutupan separa di beberapa daerah di Shanghai untuk membendung penularan coronavirus.

Dolar Australia telah mula memaparkan corak penurunan nilainya pada minggu lalu setelah kenaikan kadar faedah oleh bank pusat yang tidak mencapai jangkaan.

Reserve Bank of Australia (RBA) pada mesyuarat polisi terbaru telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas daripada 2.35% kepada 2.60%, lebih rendah berbanding jangkaan untuk ditingkatkan sebanyak 50 mata asas kepada 2.85%.

Pasaran yang menilai pendekatan yang lebih ‘dovish’ oleh RBA yang memperlahankan kenaikan kadar telah membuatkan mata wang dolar Aussie didagangkan susut.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah menunjukkan penurunan dari zon rintangan 0.65400 kembali semula ke zon support 0.63700 di penghujung minggu.

Menyambung dagangan di awal minggu ini pada Isnin semalam, harga yang memulakan dagangan pada zon 0.63700 tersebut telah mencatatkan penurunan harian sekitar 100 pips ke paras sekitar 0.62800.

Penurunan diteruskan lagi pada sesi Asia hari ini (Selasa) ke paras sekitar 0.62500 untuk terus mencatatkan paras terendah sejak April 2020 yang lalu.

Pergerakan harga masih dinilai dalam trend bearish di mana harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Sekiranya harga membuat penurunan lebih rendah, paras sasaran selanjutnya dilihat sekitar 0.62000 untuk rekod terendah terbaru lagi.

Namun jika berlaku kenaikan semula harga, zon 0.63700 dilihat akan menjadi rintangan bagi harga yang perlu diuji sebelum memberi isyarat perubahan trend harga.

Kenaikan lebih tinggi yang berlaku berkemungkinan akan kembali mensasarkan semula pada zon rintangan minggu lalu sekitar 0.65400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat