AUD/USD Teruskan Kenaikan Ke Paras Ketinggian Terbaru 3 Minggu!

598

Sentimen risk-on pasaran pada awal minggu dijangka tidak akan bertahan lama dengan tumpuan terhadap aset berisiko tinggi kembali pudar. Matawang berpulangan tinggi seperti dolar Australia dan Kiwi bakal kembali lemah.

Dolar Aussie telah pamerkan pengukuhan pada awal minggu selepas mesyuarat bank pusat Australia terbaru melihatkan kadar faedah dikekalkan.

Namun dagangan sesi Asia semalam memberi tekanan terhadap Aussie dengan unjuran negatif ekonomi Australia. Sesi New York kembali lonjakkan semula Aussie selepas Australia telah meluluskan pakej rangsangan bernilai $80 bilion untuk menyokong sektor pekerjaan yang terjejas.

Aussie berjaya diniagakan lebih kukuh berbanding US dolar yang lebih menyusut pada dagangan minggu ini berbanding pengukuhan pada minggu sebelumnya.

Mesyuarat FOMC pada awal pagi ini tidak memberikan kesan yang ketara terhadap US dolar. Ekonomi Amerika Syarikat dijangka akan kembali pulih pada separuh tahun yang kedua namun dijangka dengan kadar yang perlahan.

Data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat sekali lagi akan menjadi tumpuan pada minggu ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD semalam telah melihatkan harga bergerak membuat kenaikan dan melepasi paras ketinggian pada Selasa dan juga ketinggian minggu lalu.

Bergerak lebih tinggi dari resistance 0.6200 sebelum ini, harga telah mencapai paras ketinggian terbaru pada 0.6250 sehingga dagangan bersambung pada sesi Asia hari ini.

Kenaikan harian semalam pada carta AUD/USD adalah sekitar 130 pips ke paras lebih tinggi selepas penurunan pada sesi sebelumnya gagal melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) sebelum harga kembali membuat kenaikan.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju paras ketinggian 0.6300 yang merupakan zon SBR (support become resistance) pada dagangan Mac lalu.

Penurunan harga pula dijangka akan menguji kembali paras 0.6200 yang membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru sebelum menguji paras sokongan MA50.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS lebih rendah sekitar 0.61200 yang turut diuji pada dagangan semalam.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat