AUD/USD Teruskan Kenaikan Selepas Keputusan Mesyuarat RBA

576

Dolar Aussie didagangkan positif dengan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia pada sesi Asia pagi ini tidak memberikan kesan yang ketara terhadap pergerakan harga.

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% untuk mesyuarat dasar monetari pada Mei 2020 dengan lanjutan pelonggaran polisi bersesuaian dengan situasi ekonomi.

Kadar faedah dijangka akan terus dikekalkan rendah untuk tempoh yang lebih panjang sementara ketidakpastian pada unjuran ekonomi masih lagi menjadi kebimbangan para penggubal dasar.

US dolar pula dilihat gagal mengambil peluang untuk mengukuh dengan lebih jelas walaupun dalam sentimen pasaran yang kembali berisiko dengan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.

Hal ini berkemungkinan disebabkan kebimbangan pelabur terhadap data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada penghujung minggu dengan jangkaan angka yang sangat teruk. Ekonomi dijangka kehilangan sehingga 20 juta pekerjaan pada April dan kadar pengangguran juga diramalkan meningkat mendadak.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga dilihat membuat kenaikan pada awal minggu dengan dagangan Aussie berjaya bergerak sedikit kukuh berbanding US dolar.

Harga menguji paras 0.6380 semalam pada zon RBS (resistance become support) sebelum membuat kenaikan semula sehingga ke paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.

Menyambung dagangan pada Selasa, harga terus membuat kenaikan melepasi halangan MA50 dan menuju zon SBR (support become resistance) sekitar 0.6450.

Keputusan mesyuarat RBA sebentar tadi tidak memberi impak terhadap pergerakan harga dengan harga dilihat akan terus menyambung kenaikan bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Kenaikan harga akan menguji zon SBR sekitar 0.6510 sebelum meneruskan kenaikan ke paras ketinggian 0.65700 untuk menguji zon resistance tersebut.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS yang diuji semalam akan kembali menjadi destinasi awal penurunan harga.

Seterusnya penurunan lebih rendah akan menuju zon support yang diuji pada April lalu sekitar paras 0.6270.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat