AUD/USD Teruskan Pencarian Paras Terendah Yang Terbaru Sepanjang Minggu

349

Antara matawang yang mencatatkan prestasi dagangan yang mengecewakan sepanjang minggu adalah dolar Australia berikutan banyak faktor yang menekan matawang komoditi tersebut.

Selain daripada sentimen perang dagang AS-China yang berisiko, data ekonomi China juga mencatatkan bacaan yang lemah sekaligus turut menjejaskan dagangan Aussie dalam pasaran semasa.

Seterusnya, Aussie dibebankan lagi dengan laporan data pekerjaan yang bercampur-campur. Kadar pengangguran mencatatkan kenaikan dan paling tinggi sejak Ogos tahun lalu. Dagangan Aussie terkesan berikutan data tersebut adalah di antara data yang menjadi tumpuan bank pusat dan berkemungkinan akan menyumbang kepada faktor penurunan kadar faedah dalam mesyuarat yang akan datang.

Diperhatikan dagangan pada pasangan matawang AUD/USD, harga dilihat konsisten membuat penurunan sepanjang minggu dan harga mencatatkan paras terendah yang terbaru setiap hari.

Jika dilihat pada dagangan semalam, harga yang menguji paras Magic Pivot semalam kemudian meneruskan penurunan semula sehingga melepasi paras support MagicS1 dan support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga yang berlegar di bawah paras Magic Pivot 0.6902 menunjukkan pergerakan harga yang agak pasif namun masih menunjukkan penurunan harga.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan penurunan akan menuju ke paras support 0.6871 (MagicS1) dan support 0.6855 (MagicS2).

Seterusnya, penurunan harga yang masih diteruskan mampu mencecah sehingga ke paras serendah 0.6825 (MagicS3). Penurunan ke paras tersebut bakal mencatatkan sekitar 80 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot hari ini.

Namun jika harga mula menunjukkan kenaikan dan naik lebih tinggi dari paras Magic Pivot semula, harga dijangka akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 0.69400.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan ke paras SBR seterusnya pada 0.6964 (MagicR3) untuk harga menguji paras tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6871, 0.6855, 0.6825.

Paras resistance: 0.6918, 0.6948, 0.6964.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat