AUD/USD Teruskan Pendakian Ke Paras Tertinggi 5 Minggu Menuju $0.7000

175

Mata wang dolar Australia masih berjaya bertahan daripada mengalami kejatuhan pada dagangan yang bersambung ke awal minggu ini sementara US dolar masih lagi kekal paparkan prestasi suram sejak minggu lalu.

Pelabur berkemungkinan berwaspada menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti dengan jangkaan pergerakan drastik akan disaksikan khususnya bagi mata wang US dolar.

Memantau pergerakan dolar Aussie, data inflasi Australia untuk suku tahun kedua yang akan diterbitkan di sesi Asia pada Rabu akan menjadi tumpuan.

Jangkaan untuk angka bacaan yang menurun dilihat akan menghadkan peningkatan nilai dolar Aussie dalam pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga dilihat kekal bertahan di atas paras sokongan 0.69000 setelah penurunan di awal sesi Asia semalam kembali meningkat di atas paras tersebut.

Malah, harga juga telah melepasi atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk kekal memberi isyarat bagi pergerakan bullish harga.

Kenaikan bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), dengan sasaran pada 0.7000 semakin hampir disentuh harga.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, harga bakal melepasi halangan pada 0.7000 dan seterusnya akan menuju pula ke paras-paras tumpuan seterusnya pada 0.70400 atau lebih tinggi pada zon 0.71000.

Sebaliknya jika harga mula memaparkan corak penurunan, paras sokongan pada 0.69000 bakal diuji dan dinilai pelabur untuk petunjuk pergerakan bearish harga selepas harga susut di bawah paras MA50.

Penurunan lanjut harga yang diteruskan dilihat akan menuju ke beberapa zon tumpuan pada 0.68300 atau support 0.67000.

Sebelum data inflasi Australia akan menjadi tumpuan pada esok hari, data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) akan diberi perhatian dulu pada sesi New York malam ini.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat