AUD/USD Tidak Ketinggalan Untuk Mencanak Semula

267

Susulan mesyuarat FOMC bernada dovish dah melihatkan penyusutan ketara US dolar, mata wang komoditi turut memanfaatkan peluang untuk bergerak kukuh dalam pasaran.

Seperti dolar Australia, pergerakan harga berbanding US dolar telah meningkat selepas bergerak mendatar sejak awal minggu.

Pada sesi Asia, tumpuan terarah pada laporan data pekerjaan Australia dengan bacaan yang memberangsangkan. Pertambahan pekerjaan meningkat positif dan kadar pengangguran juga mencatatkan penurunan.

Namun, laporan tersebut dilihat tidak berjaya mencetuskan lonjakan nilai dolar Aussie untuk menyambung kenaikan pada sesi sebelumnya.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD melihatkan harga telah melonjak dari paras 0.77000 ke paras 0.78000 pada sesi New York.

Bersambung pada sesi Asia, harga meneruskan kenaikan namun terhalang pada zon rintangan 0.78300.

Kenaikan harga dijangka akan diteruskan pada sesi berikutnya dengan sasaran seterusnya akan menuju sehingga paras ketinggian 0.8000.

Sekiranya zon rintangan 0.78300 gagal ditembusi, harga boleh menjunam semula dan menguji paras sokongan pada 0.77500.

Penurunan lebih rendah akan ke paras sekitar 0.76500 yang dicecah harga pada awal dagangan Mac lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat