AUD/USD Turun Ke Paras Terendah Terbaru Lepasi Support 0.67700

386

Dolar Australia kekal berada dalam kelompok dagangan matawang berisiko pada minggu ini dengan pergerakan lemah ditampilkan pada carta harga berbanding matawang utama yang lain.

Matawang yang dipengaruhi oleh sentimen pasaran ini kekal lemah ekoran ketidaktentuan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang masih menimbulkan kebimbangan buat para pelabur.

Walaupun dilaporkan proses rundingan berjalan lancar, namun faktor ancaman seperti rang undang-undang Amerika Syarikat yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong dikhuatiri akan menjurus kepada tercetusnya semula perang dagang bersama China.

Di samping itu, faktor fundamental juga turut memainkan peranan terhadap dagangan Aussie. Unjuran Westpac bank telah meramalkan bakal ada dua penurunan kadar oleh bank pusat Australia tahun hadapan sehingga mencecah ke paras terendah 0.25% menjelang Jun 2020.

Oleh itu, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD telah mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru pada awal sesi Asia hari ini bermula.

Sejak awal minggu ini, dagangan AUD/USD mendatar menguji paras support 0.67700 namun belum berjaya menembusi paras tersebut sehingga semalam.

Namun pada awal sesi Asia hari ini, tekanan terhadap Aussie telah mendorong harga turun lebih rendah melepasi support 0.67700.

Kemudian harga menunjukkan pergerakan mendatar sehingga bersambung pada sesi pasaran Eropah dan harga dilihat bergelut untuk meneruskan penurunan lebih rendah dari paras 0.67600.

Jika tekanan turut diberikan oleh faktor pengukuhan dolar USD, harga berkemungkinan akan turun lebih rendah pada sesi New York dengan penurunan boleh mencecah ke paras 0.67200.

Namun kekal berwaspada jika harga kembali pantul membuat kenaikan semula. Kenaikan dijangka akan melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) dan menuju ke paras ketinggian 0.68200.

Zon SBR (support become resistance) pada sekitar 0.68300 juga akan turut menjadi destinasi tumpuan untuk kenaikan harga seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat