AUDUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mac 2016

36

Aussie Dollar melonjak lebih 110 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7525 sebelum menutup sekitar paras $0.7485; walaupun laporan sentimen pengguna dan pinjaman perumahan Australia mengecewakan pasaran semalam.  Penganalisis melihat kenaikan Aussie baru-baru ini adalah kesan daripada kenaikan harga komoditi seperti emas dan bijih besi, disamping prospek ekonomi China.

Di pasaran Australia semalam, laporan sentimen pengguna dari Wespac Bank menunjukkan kejatuhan dari 4.2% kepada 2.2% dibawah sifar.  Pada masa yang sama, Biro Statistik Australia melaporkan pinjaman perumahan bulan Januari jatuh dari 2.7% kepada 3.9% di bawah sifar.  Pasaran hanya menjangkakan kejatuhan kepada 2.7% di bawah sifar.

[adrotate group=”6″]

Kelemahan ekonomi global, terutamanya di China telah mendorong pengguna yang dibanci memberikan sentimen yang lemah, kerana China merupakan rakan dagang terbesar Australia.  Pada masa yang sama, kegawatan pasaran kewangan baru-baru ini juga membimbangkan kerana ia seolah-olah pengulangan krisis kewangan 2008.  Australia yang banyak bergantung kepada eksport komoditi, terjejas teruk apabila permintaan untuk komoditi merudum dikala krisis ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat