AUDUSD Analisa Fundamental Harian 12 April 2016

42

Aussie Dollar terus memacu naik Isnin semalam, lebih 100 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7630 sebelum menutup sekitar paras $0.7595; selepas Aussie menghabiskan minggu lepas di bawah tekanan jualan ekoran para trader yang memikirkan semula prospek ekonomi dan tetapan kadar dari RBA.  Kelemahan itu baru satu permulaan kepada kejatuhan yang lebih mendalam, menurut penganalisis Morgan Stanley, Jessica Liang dan Charles Rubenfeld.

Walaupun demikian, Liang dan Rubenfeld percaya, dengan pandangan jangka masa pendek Dollar AS yang menurun, Aussie mungkin memacu naik ke paras $0.77/$0.78, dan mereka mengatakan ini adalah satu peluang untuk menjual Aussie dan “mencari langkah struktur ke bawah, mensasarkan $0.70”.  Liang dan Rubenfeld yang ragu-ragu tentang ekonomi Australia, percaya bahawa ianya memerlukan Aussie yang lebih rendah untuk menyokong pertumbuhan.

[adrotate group=”6″]

“Kami tidak percaya ekonomi Australia telah bertukar arah dan menjangkakan lebih banyak kelemahan di hadapan, yang membawa kepada penurunan kadar RBA dan AUD yang lebih lemah,” tambah mereka lagi. Dollar Australia mendapat manfaat daripada harga komoditi yang lebih baik dan pengambilan risiko dalam sesi luar pesisir, sekaligus menyokong belian apabila trader mula menjual Dollar AS.

Kenaikan dalam Dollar Australia tidak mungkin pergi lebih jauh kerana pasaran tempatan yang mula mengira semula risiko penurunan kadar RBA sekiranya tidak ada pemulihan dalam data sektor pekerjaan pada minggu ini. Pengambilan risiko dari luar pesisir juga akan mempengaruhi Aussie dengan pasaran yang mengintai data aktiviti ekonomi China minggu ini, manakala Dollar dijangka stabil dalam jangka masa sederhana, apabila Federal Reserve AS mengetatkan semula dasar kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat