AUDUSD Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2016

25

moshedfx-forex-malaysia-audusd-018

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar $0.6940 ke setinggi $0.7020, sebelum menutup sekitar paras $0.6980; setelah tiada sebarang laporan ekonomi dari Australia, tetapi kelemahan dalam pasaran China bersama-sama dengan yuan yang ketara lebih rendah, terus menekan mata wang komoditi dan logam. Dollar Australia, sering digunakan sebagai proksi untuk China disebabkan pendedahan perdagangan Australia ke China.

Banyak kelemahan baru-baru ini datang selepas Beijing menetapkan petunjuk tidak menentu untuk Yuan dan pelabur antarabangsa keliru dengan tindakan yang kerajaan China yang memperkenalkan dan kemudian dengan pantas melupuskan peraturan ‘litar pencetus’ di pasaran saham. Ramai pemerhati mempersoalkan kewibawaan China dalam pasaran kewangan. Dengan Yuan yang ditambat kepada Dollar AS sepanjang tempoh Januari/Julai tahun lepas, penurunan nilai Yuan yang ketara pada Ogos lepas, mencetuskan gelombang turun naik dalam pasaran kewangan global.

[adrotate group=”6″]

Penerjunan besar dalam pasaran saham China minggu lalu dan penurunan nilai Yuan oleh pihak berkuasa China, melemahkan pasaran ekuiti global dan membesarkan lagi kebimbangan terhadap kelembapan pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia itu. Walaupun China berusaha untuk membawa ketenangan dalam pasaran, termasuk menetapkan kadar pusat untuk yuan yang lebih tinggi sedikit, penganalisis berkata mereka perlu melihat lebih banyak ketelusan dalam dasar pertukaran asing di China.

“Kami menegaskan bahawa keadaan pasaran masih kekal cair. Turun naik pasaran minggu lalu mencadangkan bahawa tiada siapa yang benar-benar tahu apa atau di mana dasar China yang sebenarnya,” menurut DBS Bank dalam ulasan pasaran. Esok Australia bakal melaporkan angka pasaran pekerjaan, namun tiada sebarang laporan berimpak tinggi hari ini.  Malam nanti AS bakal melaporkan stok inventori minyak mentah yang dijangka meningkat sebanyak 1.9 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat