AUDUSD Analisa Fundamental Harian 14 April 2016

46

Aussie Dollar susut lebih 75 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7633 sebelum menutup sekitar $0.7650; setelah pasaran dipenuhi kegiatan untung belian.  Sebelum daripada itu, Aussie telah meningkat tiga hari berturut-turut, terkesan dari kenaikan dalam harga komoditi dan data eksport yang lebih baik dari China, yang merupakan rakan dagang terbesar Australia.

China melaporkan eksport meningkat 18.7% pada bulan Mac, berbanding tahun sebelumnya, manakala import menurun hanya sedikit, sekitar 1.7%. Angka-angka tersebut adalah satu peningkatan yang besar pada bulan Februari, walaupun data pada masa itu cenderung untuk disalahtafsirkan ekoran Cuti Tahun Baru China.

[adrotate group=”6″]

Dalam berita lain, keyakinan pengguna Australia jatuh pada bulan April dengan indeks sentimen pengguna Westpac menggelongsor 4% kepada 95.1 mata. Angka di bawah paras 100 menunjukkan bilangan pesimis yang melebihi optimis.  Bacaan 95.1 mata adalah paras terendah yang dilihat sejak September 2015 – apabila Malcolm Turnbull mengambil alih jawatan Perdana Menteri dengan ikrar untuk memulihkan keyakinan negara.

Hari ini Australia bakal melaporkan data sektor pekerjaan yang dijangka bertambah baik dengan penambahan 18,600 pekerjaan, walaupun kadar pengangguran dijangka meningkat 0.1% kepada 5.9%.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data inflasi yang dijangka naik dari -0.2% kepada 0.2% dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 267 ribu kepada 270 pemohon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat