AUDUSD Analisa Fundamental Harian 14 Oct 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-audusd-002

Aussie Dollar merudum lebih 115 pips Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 0.7245 sebelum menutup sekitar paras yang sama; selepas komen Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia Philip Lowe, yang menyambut baik Aussie yang lebih lemah, dalam ucapan kepada persidangan perlaburan CFA Institute Australia di Sydney semalam.

Beliau mengulangi mesej RBA baru-baru ini, bahawa kejatuhan dolar Australia membantu ekonomi pulih semula dan mengimbangi kejatuhan dalam pelaburan perlombongan.  Fleksibiliti dalam kadar pertukaran adalah penting, menurut Encik Lowe.  “Susut nilai sejak beberapa tahun yang lalu, memainkan peranan yang penting dalam membantu ekonomi menyesuaikan diri dengan ledakan pelaburan perlombongan yang semakin malap,” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran China, yang merupakan rakan dagang terbesar Australia, eksport dalam dolar jatuh 3.7% pada September berbanding tahun sebelumnya, manakala import menjunam 20.4% untuk mencatatkan penurunan bulan ke sebelas berturut-turut, menurut data rasmi semalam. Kejatuhan eksport yang lebih besar dari import itu, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak $60.34 bilion bagi bulan itu; sekaligus mengatasi jangkaan pasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat