AUDUSD Analisa Fundamental Harian 16 Dis 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-audusd-012

Aussie Dollar yang melonjak lebih 45 pips pada awal sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7280, selepas pengumuman minit mesyuarat daripada pertemuan terakhir Reserve Bank of Australia menunjukkan tinjauan positif bagi ekonomi; kembali merudum lebih 120 pips sepanjang sesi Eropah dan Amerika, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7160 sebelum menutup sekitar paras $0.7190, apabila trader mula bersedia untuk kenaikan kadar pertama AS selepas hampir 10 tahun.

Dalam minit mesyuarat tersebut, RBA berkata ekonomi domestik kembali mengukuh dan keadaan perniagaan serta pasaran pekerjaan yang kelihatan semakin sihat. Walau bagaimanapun, dalam unjuran ekonomi dan fiskal untuk pertengahan tahun, Perbendaharaan Australia juga berkata bahawa unjuran pertumbuhan telah diturunkan kepada 2.5% untuk tahun 2015/16 daripada anggaran sebelumnya sebanyak 2.75%; dan kepada 2.75% untuk tahun 2016/17 daripada 3.25% pada sebelumnya.

[adrotate group=”6″]

Laporan itu juga berkata, defisit hutang dan bajet negara akan lebih tinggi daripada jangkaan awal. Secara berasingan, data menunjukkan bahawa indeks harga rumah di Australia meningkat sebanyak 2.0% pada suku ketiga, sejajar dengan jangkaan, selepas peningkatan sebanyak 2.7% dalam tempoh tiga bulan hingga Jun. Sementara itu, pasaran menunggu keputusan dasar yang sangat dinantikan dari Feds AS. Kebanyakan pelabur menjangka Feds bakal menaikkan kadar buat kali pertama sejak Jun 2006.

National Asutralia Bank dalam laporannya kepada pelanggan, menjangka kadar tukaran AUD/USD bakal kembali ke paras $0.7000, pasca mesyuarat FOMC Federal Reserve pada awal pagi Khamis nanti.  Hari ini Timbalan Gabenor RBA Guy Debelle akan berucap di Persidangan Kewangan dan Perbankan Australasia di Sydney, dan beliau dijangka berkata tentang langkah RBA selanjutnya dalam menangani kelembapan ekonomi global yang melumpuhkan eksport komoditi Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat