AUDUSD Analisa Fundamental Harian 18 Nov 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-audusd-012

Aussie Dollar melonjak lebih 65 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7140 sebelum menutup sekitar paras 0.7110; setelah siaran pagi semalam daripada minit dasar kewangan dari RBA menunjukkan bahawa, Bank Pusat Australia itu masih bimbang terhadap masalah di China, namun jawatankuasa RBA tidak dalam tergesa-gesa untuk menukar kadar semasa.

Dolar Australia susut di bawah paras 0.7100 dalam dagangan semalam, terjejas oleh kekuatan Dollar AS dan harga logam asas yang lebih rendah. Harga komoditi lemah berterusan dengan tembaga jatuh kepada paras 6 tahun terendah, manakala harga bijih besi merosot lagi sebanyak 0.83%; kecuali minyak mentah yang memacu ekoran para trader yang membeli untuk mengimbang kontrak jualan mereka.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Australia bakal melaporkan indeks gaji suku ketiga yang dijangka stabil pada 0.6%, bersama Timbalan Gabenor RBA Encik Debelle yang dijangka berucap pada persidangan Bloomberg di Sydney.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan permit bangunan yang dijangka meningkat dari 1.11 juta kepada 1.15 juta; walaupun pembinaan baru bermula dijangka jatuh dari 1.21 juta kepada 1.16 juta.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat