AUDUSD Analisa Fundamental Harian 2 Mac 2016

30

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $0.7110 ke setinggi $0.7190, sebelum menutup sekitar paras $0.7175; selepas Reserve Bank of Australia mengekalkan kadar dan dasar. Data ekonomi pagi semalam memberi kesan kepada matawang komoditi ini, tetapi kejatuhan dikekang selepas pengumuman dari China bahawa mereka akan mengurangkan keperluan rizab kewangan.

Di pasaran Australia, data akaun semasa Australia meleset dari jangkaan dan laporan kelulusan pembinaan bangunan juga jatuh. Kali terakhir Bank Pusat Australia mengorak langkah adalah pada Mei 2015, apabila ia mengurangkan kadar tunai rasmi sebanyak 25 mata asas kepada paras terendah dalam sejarah, dan secara meluas dijangka akan mengekalkannya dalam mesyuarat kedua tahun ini.

[adrotate group=”6″]

Gabenor RBA Glenn Stevens berkata maklumat tersedia “menunjukkan bahawa peningkatan dalam sektor ekonomi bukan perlombongan kukuh pada 2015, meskipun terdapat penguncupan dalam perbelanjaan pelaburan perlombongan”. “Ini mencerminkan keadaan pasaran pekerjaan yang bertambah baik dan pinjaman kepada perniagaan juga semakin meningkat,” tambah beliau lagi dalam kenyataannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat