AUDUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

31

Aussie Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 38 pips dari paras tertinggi harian sekitar $0.7248 ke paras terendah harian sekitar $0.7210; setelah pasaran mengambil keuntungan jualan sebelum cuti hujung minggu dan bersedia menjelang mesyuarat G7 yang berakhir semalam.  Harga komoditi yang meningkat naik sedikit sebanyak membantu Aussie, tetapi permintaan untuk Dollar masih kukuh, sekaligus mengekang sebarang kenaikan lanjut.

Di pasaran Australia, bekas Gabenor RBA Ian MacFarlane dalam Australian Financial Review, menyatakan ketidakpuasan terhadap pasaran kewangan, terutamanya kewangan persisir, yang menyebabkan Bank Pusat Australia terpaksa menurunkan kadar pada bulan ini, demi untuk mengelakkan terjebak dalam perang matawang.  Aussie kini telah jatuh lebih 8% daripada nilai pada bulan lepas.

Matawang komoditi tersebut dikatakan menghadapi tekanan jualan baru, selepas minit mesyuarat FOMC Federal Reserve AS terbaru disiarkan, yang mendedahkan ketegasan Feds AS untuk tetap menaikkan kadar pada Jun depan lebih daripada yang disangkakan pasaran.  Berikut adalah petikan daripada minit tersebut:

“Kebanyakan peserta menilai bahawa sekiranya data ekonomi adalah konsisten dengan pertumbuhan ekonomi pada suku kedua, sektor pekerjaan terus kukuh dan inflasi terus bergerak kearah sasaran jawatankuasa sebanyak 2%, adalah wajar bagi jawatankuasa untuk menaikkan kadar Feds pada Jun ini.”

Petikan minit mesyuarat tersebut telah mengubah persepsi pasaran hadapan dimana kebarangkalian kenaikan kadar meningkat kepada 30% daripada 15% sebelum minit disiarkan.  Minit tersebut telah meningkatkan permintaan terhadap Dollar AS sehingga kadar tukaran AUD/USD jatuh dibawah paras teknikal utama. “AUD/USD telah menutup dibawah paras purata 200 hari, sekitar $0.7260, sekaligus mencadangkan kejatuhan lanjut adalah lebih berkemungkinan, ekoran trader algo, teknikal dan momentum menambah kontrak jualan” tulis Richard Grace, ketua strategi matawang CBA dalam notanya kepada pelanggan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat