AUDUSD Analisa Fundamental Harian 26 April 2016

51

Aussie Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 38 pips dari paras tertinggi harian sekitar $0.7728 ke serendah $0.7690; setelah pasaran Australia bercuti semalam sempena hari Anzac.  Pada masa yang sama, pasaran lain bersedia menjelang mesyuarat FOMC dan Bank of Japan, serta beberapa berita ekonomi dari Australia minggu ini.

Rabu esok, Australia akan melaporkan angka inflasi yang dinantikan para penganalisis. Penganalisis menjangkakan kadar inflasi tahun ke tahun untuk disemak lebih tinggi kepada 1.8%, kadar tertinggi sejak tiga bulan hingga September 2014. Walaupun kukuh dan mengurangkan spekulasi penurunan kadar RBA dan meningkatkan nilai Aussie, aliran berita Australia telah merosot berbanding dengan ramalan konsensus, sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang mengisyaratkan risiko penurunan mengejut.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, pengumuman dasar monetari oleh Federal Reserve adalah dalam fokus pasaran. Jawatankuasa penetapan kadar FOMC secara meluas dijangka mengekalkan kadar pinjaman sedia ada. Malah, pasaran hadapan hanya memberikan 2.3% kebarangkalian untuk sebarang kenaikan. Satu tinjauan Reuters menunjukkan bahawa ekonomi menjangkakan Feds untuk berdiri teguh dan kemudian menyampaikan kenaikan kadar pada bulan Jun, dengan satu lagi susulan menjelang akhir tahun ini.

Hari ini Amerika Syarikat akan melaporkan keyakinan pengguna yang dijangka menurun dari 96.2 mata kepada 95.8 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat