AUDUSD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2016

26

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $0.7180 ke paras tertinggi harian sekitar $0.7218, sebelum menutup sekitar paras $0.7197; setelah Aussie mendapat sokongan daripada ‘short-covering’ dan aktiviti pengambilan untung yang terikat kepada syarat-syarat teknikal terlebih jual.

Sebelum daripada itu, Aussie terjun mendadak selepas Gabenor Reserve Bank of Australia, Glenn Stevens membayangkan bahawa satu lagi penurunan kadar ke paras terendah terbaru sebanyak 1.5% mungkin berada di landasan. Awal pagi semalam, RBA telah melaporkan bahawa aktiviti pembinaan Australia lemah dengan ketara pada suku pertama, sekaligus melanjutkan penurunan yang dilihat pada tahun 2015. Data rasmi dari Biro Perangkaan Australia mendedahkan tentang kemerosotan 2.6% dalam jumlah kerja pembinaan yang dibuat dalam tempoh tiga bulan sehingga Mac 31 lepas.

‘Price action’ semalam mencadangkan penjual tidak tertarik dalam mengejar jualan secara agresif pada tahap harga semasa. Walaupun asas-asas ekonomi adalah menurun, ini tidak dilihat sebagai kawasan yang baik bagi para penjual. Mereka ingin melihat pasaran berada paras harga yang lebih tinggi untuk memulakan kedudukan jualan yang baru. Di samping itu, penjual kini mahu mengambil keuntungan selepas rehat berpanjangan. Keadaan ini boleh membawa kepada pengambilan untung dan ‘short-covering’ yang agresif.

Tidak mungkin Dollar Australia yang lebih kukuh memacu kenaikan semalam, tetapi Dollar AS yang mula melemah. Jika ‘Greenback’ mula kehilangan momentum ke atas pada hari ini, maka Aussie dijangka mula mendaki. Jika Dollar AS menghadapi satu lagi kenaikan yang kuat, maka Dollar Australia harus menjadi lemah. Reaksi trader kepada laporan pembinaan Australia yang lemah sebelum ini juga, menunjukkan bahawa Aussie mungkin telah kehabisan penjual agresif dan kini bersedia untuk mendaki.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat