AUDUSD Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2016

39

moshedfx-forex-malaysia-audusd-005

Aussie Dollar terus memacu naik untuk hari ketiga Khamis semalam, lebih 115 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7125 sebelum menutup sekitar paras $0.7085; setelah mata wang komoditi bertindak balas kepada kenyataan FOMC dan keputusan kadar Reserve Bank of New Zealand (RBNZ). Dollar Australia menunjukkan daya tahan berikutan komen berhati-hati daripada Federal Reserve AS selepas ia mengekalkan kadar tidak berubah.

Di pasaran Australia, harga import dilaporkan turun pada -0.3% tetapi lebih baik daripada jangkaan -0.8%, walaupun ianya lebih buruk daripada sebelumnya sebanyak 1.4%.  Harga import yang lebih rendah mencadangkan nilai Aussie yang lebih tinggi, walaupun ianya juga boleh dinisbahkan kepada pengeksport yang terpaksa menjual pada harga rendah kerana kurangnya permintaan global.  Pada masa yang sama, RBNZ telah mengekalkan kadar tidak berubah pada 2.50%, sambil menyatakan penurunan nilai Kiwi adalah lebih munasabah berikutan kelemahan ekonomi New Zealand.

[adrotate group=”6″]

Khamis semalam menyaksikan kadar tukaran AUD/NZD melonjak lebih 200 pips untuk mencecah paras tertinggi sekitar 1.0965, setelah pasaran memberikan reaksi kepada kenyataan RBNZ. Pasaran Australia dan New Zealand yang berhampiran, menyebabkan mereka saling berkait kerana kedua-dua negara ini menawarkan antara kadar yang terbaik dikalangan negara maju.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat