AUDUSD Analisa Fundamental Harian 30 Dis 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-audusd-005

Aussie Dollar melonjak lebih 55 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7300 sebelum menutup sekitar paras $0.7295; setelah Aussie pulih dengan mengambil kesempatan daripada Dollar AS yang lemah, serta komen daripada RBA yang menunjukkan bahawa ekonomi Australia mempunyai potensi untuk melakukan dengan lebih baik pada 2016.

Aussie diniagakan meningkat daripada sekitar $0.7255 pada hari Khamis, sebelum rehat Krismas, selepas harga minyak jatuh 3% dalam sekelip mata, ekoran berita peningkatan bekalan dari Iran. “Kenyataan Iran bahawa ia merancang untuk meningkatkan eksport sebanyak 500 ribu tong sehari dalam tempoh beberapa minggu selepas sekatan diangkat, bukanlah berita baik untuk minyak,” menurut Ketua Penganalisis Pasaran CMC, Ric Spooner. “Iran juga telah menyatakan dengan jelas bahawa ia merancang untuk mengurangkan harga bagi memulihkan bahagian pasaran dengan segera.” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Dollar turun lebih rendah, tetapi meningkat semula daripada paras terendah dalam seminggu berbanding kebanyakan pesaing utamanya, selepas pasaran Australia dan UK ditutup sempena cuti Boxing Day.  Penganalisis menisbahkan penurunan akhir tahun ini sempena pengambilan untung, bersama-sama dengan kenaikan Euro yang bermula pada awal bulan Disember, apabila Bank Pusat Eropah mengumumkan perluasan rangsangan monetari yang tidak selaras dengan jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat