AUDUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

35

Aussie Dollar terus memacu naik lebih 90 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7700 sebelum tekanan jualan kembali dan menekan Aussie untuk menutup lebih rendah sekitar paras $0.7670; setelah pelabur menurunkan jangkaan bagaimana pantas dan jauh kadar AS mungkin meningkat tahun ini, selepas Pengerusi Feds, Janet Yellen menekankan tentang keperluan untuk meneruskan dasar mengetatkan yang “berhati-hati”.

Puan Yellen juga berkata bahawa Feds perlu mengambil kira “kejatuhan yang berpotensi, terkesan daripada perkembangan ekonomi dan kewangan global baru-baru ini”. Beliau berkata penurunan dalam jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar baru-baru ini yang berkesan sebagai “penstabil automatik”, menampan ekonomi AS daripada kegawatan ini. Bagi risiko kepada prospek ekonomi, Pengerusi Feds menyerlahkan pertumbuhan yang perlahan di China dan harga komoditi, terutamanya minyak dengan menekankan penurunan seterusnya dalam minyak boleh mempunyai kesan yang buruk kepada ekonomi global.

[adrotate group=”6″]

Pendekatan berhati-hati Puan Yellen menekan mesej agresif minggu lepas daripada beberapa Presiden Feds, sekaligus mencetuskan kenaikan dalam bon Perbendaharaan AS dan pasaran saham, sehingga menjejaskan Dollar Amerika Syarikat. Kelemahan Dollar AS ini, akibat daripada kehilangan jangkaan kenaikan kadar AS pada 2016, mendorong kenaikan mendadak Aussie Dollar.

Kenaikan ini boleh diteruskan dalam masa terdekat, ekoran selera pelabur terhadap risiko yang lebih baik, perbezaan kadar antara Australia dan Amerika Syarikat. Menyokong Dolar Australia ialah pulangan hasil bon yang menarik dengan bon dua tahun Australia membayar 1.9%. Namun begitu, pergerakan harga menunjukkan bahawa pelabur bimbang tentang nilai Aussie selepas enggan mengejar harga yang lebih tinggi.

Peniaga juga bimbang bahawa mata wang berharga yang tinggi boleh menjejaskan eksport Australia. Ini menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan penurunan kadar oleh Reserve Bank of Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat