AUDUSD Analisa Fundamental Harian 4 Feb 2016

43

moshedfx-forex-malaysia-audusd-004

Aussie Dollar melonjak lebih 180 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7190 sebelum menutup sekitar paras $0.7165; setelah kelemahan Dollar mendorong para pelabur membida matawang berpulangan tinggi seperti Aussie dan Kiwi.  Aussie yang berkadar terus dengan harga emas, mendapat tempias permintaan apabila harga emas melambung baru-baru ini, walaupun ditengah-tengah laporan imbangan perdagangan yang mengecewakan.

Di pasaran Asutralia, defisit perdagangan negara tersebut dilaporkan meningkat kepada $3.5 bilion pada bulan Disember, jumlah yang terbesar dalam masa enam bulan. Penurunan yang agak besar dalam eksport telah menjadi pemacu utama di sebalik data yang lemah. Angka perdagangan yang dikeluarkan dari Biro Perangkaan Australia itu telah memberikan gambaran suram terhadap ekonomi Australia, hanya sehari selepas Reserve Bank of Australia mengatakan ia berpuas hati dengan prestasi ekonomi.

[adrotate group=”6″]

Walaupun kejatuhan harga komoditi telah memberati ekonomi Australia, kelemahan sebenar mungkin berpunca daripada China. Laporan terperinci semalam menunjukkan eksport Australia ke China telah menurun dengan ketara terutamanya sejak 2013. Data Imbangan Perdagangan yang lemah daripada jangkaan hari ini, boleh membawa kepada spekulasi penurunan kadar RBA yang lebih awal daripada jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat