AUDUSD Analisa Fundamental Harian 7 Mac 2016

39

Aussie Dollar memacu naik lebih 100 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7440 sebelum menutup sekitar paras $0.7435; walaupun jualan runcit Kanada dilaporkan meleset dari jangkaan.  Sentimen pasaran yang optimis dengan kenaikan harga komoditi seperti bijih besi dan minyak mentah telah membantu sokongan belian untuk Aussie.

Di pasaran Australia jumaat lalu, angka jualan runcit dilaporkan meningkat pada 0.3% berbanding 0.4% jangkaan, walaupun ianya jauh lebih baik dari sifar pada sebelumnya.  Bacaan data ekonomi Australia yang lebih baik sejak kebelakangan ini telah mengurangkan spekulasi penurunan kadar oleh RBA dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, Dollar yang semakin lemah membuatkan kadar tukaran AUD/USD melambung naik.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran global, pemimpin China dijangka menggunakan perhimpunan polisi tahunan terbesar mereka untuk menenangkan pasaran tentang jangkaan susut nilai Yuan yang telah mencetuskan kegawatan pasaran kewangan baru-baru ini.  Perubahan dasar pertukaran asing  dan pembukaan akaun modal China akan menjadi antara tumpuan utama pelabur pada persidangan tahunan tersebut.

China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia banyak mempengaruhi nilai Aussie.  Tahun lepas ketika pasaran saham China merudum apabila kerajaan menurunkan nilai Yuan, Aussie jatuh hampir 300 pips dalam masa 24 jam.  Sebarang berita buruk dari China, bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh pembeli Aussie.  Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Australia mahupun AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat