AUDUSD Analisa Fundamental Harian 11 April 2016

35

Aussie Dollar melonjak lebih 77 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7580 sebelum menutup sekitar paras $0.7550; setelah para trader berpindah kepada aset berisiko, sekaligus menyokong matawang komoditi apabila pelaburan asing di China dilaporkan meningkat. Dalam pada itu, Pengarah Pengurusan strategi FX Kathy Lien berkata, Aussie telah dilanda oleh data yang menunjukkan aktiviti pembinaan yang menguncup untuk bulan keempat berturut-turut dan mencecah paras 13 bulan terendah pada bulan Mac lepas.

Beliau berkata angka lemah tersebut telah menimbulkan kebimbangan pasaran bahawa Reserve Bank of Australia boleh melonggarkan lagi dasar monetari. “Bersebelahan dengan Yen, Dollar Australia mengalami kelemahan yang paling besar, mengabaikan kenaikan dalam harga emas,” menurut beliau dalam satu nota kepada pelanggan. “Penguncupan lebih mendalam dalam aktiviti sektor pembinaan dan kekuatan Dollar Australia meningkatkan kebimbangan mengenai pelonggaran RBA.” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Cik Lien berkata, RBA berpandangan bahawa kenaikan matawang boleh merumitkan pelarasan aktiviti ekonomi negara daripada perlombongan kepada bukan perlombongan. Minggu ini Gabenor RBA Glenn Stevens dijangka mengekalkan kadar pada 2% sambil menyatakan bahawa ekonomi telah mengorak langkah munasabah, selari dengan kadar rendah yang menyokong permintaan.

Gabenor itu juga menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan mengecutkan pinjaman pinjaman rumah telah menyederhanakan pertumbuhan dalam pasaran perumahan kediaman, manakala pertumbuhan KDNK keseluruhan telah meningkat sepanjang 2015, walaupun terdapat kelembapan  dalam sektor perlombongan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat