AUDUSD Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2016

59

moshedfx-forex-malaysia-audusd-015

Aussie Dollar terus merudum untuk hari keempat Khamis semalam, lebih 100 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.6980 sebelum menutup sekitar paras $0.7005; setelah komoditi eksport termasuk bijih dan tenaga jatuh lebih rendah berikutan kebimbangan pertumbuhan di Asia, setelah pasaran global gelisah tentang ekonomi China yang perlahan.  Pada masa yang sama, data kelulusan pembinaan bangunan Australia yang dilaporkan pada 12.7% dibawah sifar, jauh meleset dari jangkaan 2.8% dibawah sifar dan 3.3% pada bulan sebelumnya; menyebabkan Aussie kehilangan sokongan belian.

Pelabur melihat kelembapan ekonomi di China akan menjejaskan eksport Australia yang dipanggil komoditi keras lebih daripada eksport komoditi lembut daripada New Zealand. Peningkatan dalam eksport luar bandar, terutamanya jualan buah-buahan dan sayur-sayuran, telah membantu mengurangkan defisit perdagangan Australia, walaupun ia masih berada pada $2.9 bilion. Angka terkini dari Biro Perangkaan menunjukkan peningkatan 1% dalam eksport dan 1% penurunan dalam import, sekaligus mengecilkan defisit perdagangan dari $3.25 bilion.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Australia bakal melaporkan jualan runcit bulan November yang dijangka menurun daripada 0.5% pada Oktober kepada 0.4%. Malamnya pula, AS bakal melaporkan data NFP yang dijangka menurun daripada 211 ribu kepada 203 ribu pekerja dan kadar pengangguran yang dijangka kekal pada 5% pada bulan Disember lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat