Aussie Dollar terus merudum untuk hari kedua Selasa semalam, lebih 80 pips untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7185 sebelum menutup sekitar paras 0.7215; walaupun kaji selidik perniagaan bulanan National Australia Bank menunjukkan keyakinan meningkat dari 3 kepada 5 pada bulan ini, sedikit di bawah paras purata jangka panjang. Tiada kumpulan industri melaporkan kemerosotan dalam bulan ini, walaupun sektor perlombongan kekal negatif.
“Memandangkan prospek lebih baik bagi ekonomi domestik di luar sektor perlombongan, keyakinan yang agak lemah adalah mungkin disebabkan oleh persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. Walau apa pun, ia adalah baik untuk melihat peningkatan yang meluas dalam keyakinan seluruh industri,” menurut Ketua Ekonomi NAB Alan Oster. Pada masa yang sama, sentimen pasaran yang masih memfaktorkan penurunan kadar Australia tahun depan, serta kenaikan kadar AS minggu depan; menyebabkan Aussie kehilangan momentum.
[adrotate group=”6″]
Menurut kajian tersebut, keadaan perniagaan di Australia terus menunjukkan sektor bukan perlombongan kembali pulih, dengan indeks untuk sektor tersebut kekal pada 10 mata pada bulan November – bulan keempat berturut-turut pada tahap yang sama, dan jauh melebihi purata jangka panjang 5 mata. Encik Oster berkata, walaupun keadaan perniagaan yang lebih baik tidak seragam dalam seluruh sektor ekonomi, industri yang berprestasi rendah telah beransur-ansur pulih sejak beberapa bulan lalu.